Monday, 10 August 2015


PROGRAM BENGKEL ILMU KEBAL HAQ PAMUNGKAS ANUGERAH AGUNG(TINGKAT TINGGI)
Merupakan salah satu method perlindungan keselamatan diri tingkat tinggi yang paling praktikal,tepat dan dapat dibuktikan kekuatannya!!!

Memiliki serta mempelajari ilmu Kekebalan itu dibolehkan.Tidak ada larangan dalam Islam,sepanjang cara untuk mendapatkannya tidak bertentangan dengan Syariat Islam,dan tidak digunakan untuk menyombongkan diri / menunjuk-nunjuk serta mempamerkan kepada orang lain untuk berbuat jahat atau terlibat dalam kes Jenayah.

Ilmu Kekebalan hanya boleh digunakan untuk membela diri atau untuk menegakkan kebenaran dan menghancurkan kemungkaran. Dan diperolehnya untuk membela diri itupun jika sudah dalam keadaan yang terpaksa.

Dalam program ini kami bahagikan ilmu kebal ini beberapa bahagian untuk memudahkan Anda membuat pilihan untuk mempelajari ilmu kekebalan haq. Semoga dengan berkat amalan ini dapat menjadikan manfaat khususnya bagi diri kita sendiri,keluarga,dan bagi orang lain pada umumnya dan digunakan untuk menjaga Agama Bangsa dan Negara…

Dari pengalaman memburu ilmu kebal, ternyata kekebalan itu terbahagi dalam berbagai jenis:

1. Kebal senjata tajam(parang,samurai,pisau,gunting dll)
*Kebal Tetakan/bacokan
*Kebal tusukan
*Kebal Sayatan atau hirisan senjata tajam

2. Kebal Api/Panas.
Tahan terhadap panasnya api, selamat dari bahaya api,air panas,atau minyak panas.pengujian dengan test makan bara api,disiram /berendam dalam air panas mendidih 100 darjah celcius,mandi minyak panas mendidih dll

3. Kebal Pukulan /Tahan Pukul(tumbukan,kayu,batang paip,tukul besi dll)
Tahan terhadap benturan, pukulan mahupun benda keras.Biasanya maksimum kekuatan benturan tanpa luka/memar

4.Kebal Asid
Kebal asid mempunyai daya ketahanan dari sebarang jenis cecair yang memudaratkan.Memandangkan dunia kini cecair asid telah digunakan secara salah untuk tujuan yang juga salah oleh individu yang tidak mempunyai sifat kemanusiaan.Mangsa yang mengalami musibah disimbah asid akan mengalami nasib yang amat malang.Bahagian tubuh yang terkena simbahan asid akan mengalami kecacatan kekal sehingga keakhir hayatnya malah amat menyayat hati.Dari itu ingatlah dan jangan dipandang ringan.Sediakan payung sabelum hujan.Ilmu ini merupakan usaha kebatinan untuk persediaan atau pertahanan diri.

5.Kebal dari sengatan binatang berbisa
Insya Allah dengan lantaran ilmu ini jika digigit atau disengat binatang berbisa, ianya tidak memberi bekas atau kemudaratan kepada pengamalnya dengan keizinan Allah.

6.Kebal Racun
Insya Allah lantaran ilmu ini apabila pengamalnya termakan atau terminum racun dan sebagainya menjadi tawar serta tidak memberi bekas kepada pengamalnya dengan keizinan Allah.

7. Anti Cukur(gillete/pisau cukur dll)
Kekebalan yang paling banyak dicari orang, membuat rambut tidak dapat diputus,dikerat dan sebagainya.

8. Kebal Peluru/Bom/dll
Ini juga yang paling dicari. Tahan terhadap benturan peluru dari timah atau besi, atau tembakan senantiasa meleset, bahkan senjata boleh tidak berfungsi atau meletup. Dalam praktikal, benturan peluru, walaupun menggunakan senapang angin, tetap membuat kulit berbekas merah,kulit tidak mengalami luka serta tidak merasa sakit hanya berasa kebas.

Ilmu-ilmu kebal yang saya sebutkan diatas ini hanya sebahagian kecil dari variasi ilmu kebal yang ada, tetapi yang perlu digaris bawahi adalah, ternyata belajar menuntut ilmu kebal itu banyak gurunya, juga waktunya termasuk kos/ fidyah/ yurannya juga perlu diambil kira. Dan menurut saya ilmu kebal saling melengkapi di antara satu sama lain.Semua jenis Kebal diatas mempunyai amalan khusus berupa wiridan zikir,doa pengucap ilmu dan lain-lain.

Perlu saya peringatkan mempelajari Ilmu Kebal dalam program Ilmu Kebal Haq Pamungkas Anugerah Agung tingkat tinggi bukan untuk tujuan main-main,atau sekadar mencuba atau digunakan untuk tujuan kerosakan,bersifat negatif atau merugikan pihak lain,ilmu ini BUKAN sekali-kali ilmu pertunjukan debus,silap mata atau ilusi magic seperti yang dilakukan oleh paranormal palsu atau Magician. Kerana orang sebeginilah yang telah merosakkan nama baik perguruan Ilmu Spiritual,kebatinan sehingga menimbulkan kontroversi dalam penilaian masyarakat.

Perlu saya TEGASKAN disini keilmuan dalam program Ilmu Kebal ini adalah sebagai ikhtiar kita memohon pertolongan Allah dalam menjaga keselamatan diri.Ilmu ini adalah merupakan Warisan Leluhur yang perlu kita jaga agar tetap terpelihara agar tidak pupus ditelan zaman.

Ilmu Kebal Haq Perlindungan dan Keselamatan adalah salah satu ikhtiar atau usaha kita untuk mendapatkan perlindungan keselamatan dari Allah SWT. Dimana diharapkan dengan ikhtiar kita tersebut,Allah SWT senantiasa memberikan perlindungan keselamatan dalam berbagai bentuk yang dikehendaki-NYA kepada kita. Ingatlah tujuan ilmu kebal haq ini bukan untuk kesombongan tetapi semata ikhtiar kita kepada Allah SWT agar mendapatkan keselamatan dari-Nya.

Sedangkan cara Allah dalam memberikan beraneka keselamatan kepada kita dapat melalui berbagai bentuk dan cara.

Umpamanya agar kita selamat dari senjata tajam, kita diberikan keselamatan “seperti” kekebalan. Agar selamat dari kemiskinan, kita diberikan “jalan” agar mudah mendapatkan rezeki yang halal. Agar selamat dari kecelakaan, kita diberikan “firasat” yang menguntungkan. Dan cara-cara lain yang tidak ada satu pun manusia mengetahuinya.

Begitupun Ilmu Kebal Haq Pamungkas  Anugerah Agung ini, tidaklah merubah fitrah manusia. Dan Insya Allah tidak menjadi bertentangan dengan aqidah mahupun syareat Islam.

Selamatnya kita tentunya atas izin dari Allah SWT. Kalaupun kerana suatu sebab kita mengalami musibah, juga merupakan af’al-Nya, apa yang sudah menjadi ketentuan-Nya. Dimana tidak ada satupun manusia yang dapat menghindar dari hal tersebut, selain hanya menerima dan tawakal.

Ilmu Kebal Haq Pamungkas  Anugerah Agung bukanlah satu-satunya cara untuk memperoleh keselamatan-Nya, tetapi hanya salah satu dari sekian juta cara, sehingga disarankan amalan-amalan lain yang diberikan oleh Ulama pembimbing kita tetap kita pelihara dan amalkan secara istiqomah atau terus menerus.

Dan tentu saja, perilaku dan cara hidup kita juga mempengaruhi cara keselamatan itu datang. Kesombongan, takabur, tinggi hati dan sifat-sifat negatif lainnya, tidaklah akan membawa kita kepada keselamatan.

Perlu diingat, keselamatan bukanlah datang dari benda-benda syareat, bukan pula dari amalan yang kita baca, bukan juga dari yang mengijazahkan, tetapi murni datangnya dari KEHENDAK DAN KERIDHOAN ALLAH SWT.

Pembuktian Keberadaan Ilmu Kebal
Pemahaman saya yang namanya ilmu, itu ertinya adalah pengetahuan. Seseorang yang mengamalkan dan mendapatkan suatu ilmu, maka boleh dikategorikan sebagai orang yang telah memiliki pengetahuan. Seperti anda telah memiliki ilmu kira-kira dalam matematik. Ketika pengetahuan tersebut telah kita ketahui, maka setiap waktu kita akan boleh melakukan penyelesaian terhadap masalah pengiraan dalam matematik. Jadi ilmu bila telah kita kuasai, maka akan mampu kita praktikalkan bila-bila masa saja, begitu logik akalnya.

Begitupun ilmu kebal, dari beberapa ilmu kebal yang pernah dipelajari, ternyata yang benar-benar ilmu kebal itu, boleh setiap saat kita cuba dan boleh didemonstrasikan.

Jadi sekarang tinggal pendekatan aqidah. Demonstrasi untuk orang lain bersifat riya’ menyombongkan diri dan boleh membuat pemiliknya takabur. Ini perkara yang paling dibenci Allah, termasuk manusia. Tidak ada orang yang senang melihat ketakaburan orang lain. Apalagi Allah SWT.

Oleh kerana itu guru ilmu kebal, biasanya memberi batasan dalam bai’at atau sumpahnya, seperti, “silakan melakukan pengasahan keilmuan kebal bila-bila masa dan dimana saja,asalkan bersendirian”. Ini semata untuk menghindari sifat takabur tadi.
Jadi seharusnya ilmu yang benar-benar ilmu itu memang dapat ditest bila-bila masa saja, setidaknya untuk diri sendiri.

Perihal ilmu kebal
Secara umumnya, ilmu kebal ini didapati melalui dua cara iaitu melalui amalan atau dengan pemakaian sesuatu benda yang menjadikan pemakainya kebal.
Bagi mereka yang mendapatkannya secara amalan, ia mungkin melalui puasa,pertapaan atau memakan sesuatu. Sementara cara pemakaian pula, ia mungkin berbentuk satu azimat atau keris dan seumpama dengannya.
Satu contoh ilmu kebal dalam kisah Melayu silam adalah lagenda Hang Tuah yang kebal kerana keris Taming Sari dan Mahsuri yang dikatakan tidak lut ditikam keris sehinggalah keris pusaka keluarganya digunakan bagi menikam tubuhnya.

Pendahuluan
Dikalangan orang Melayu pada umumnya, mereka telah memahami bahawa kata perisai mempunyai erti berkait rapat terhadap sesuatu yang ada perhubungan dengan alat perlindungan diri daripada sebarang ancaman yang dapat merosak anggota tubuh badan seseorang individu, ancaman tersebut sama ada yang berasal daripada senjata  tajam; berupa pisau, pedang,golok, kapak, tombak peluru atau pun benda berupa senjata tumpul seperti; kayu penukul, batu-bata, besi batangan dan senjata lain yang seumpamanya.

Sebagaimana dalam masa peperangan ada berbagai-bagai jenis alatan perisai diri yang selalu digunakan oleh seseorang bagi tujuan melindungi diri secara fizikal, ianya,dapat berupa perisai penutup pada bahagian kepala, dada, tangan, dan kaki.

Semua jenis perisai yang digunakan ini, biasanya dibuat daripada bahan besi, logam, dan bahan kulit binatang bahkan kain. Model perisai diri secara fizikal ini amat popular digunakan oleh bangsa Eropah dan bangsa Arab yang suka berperang pada zaman lampau, termasuk juga bagi bangsa Melayu, alat perisai diri mereka perlukan bagi alat pertahanan untuk melindungi diri terhadap ancaman serangan daripada puak musuh. Pada zaman kehidupan moden,alatan perisai diri masih tetap kekal digunakan oleh anggota keselamatan Negara seperti, tentera, polis dan anggota pemadam kebakaran (bomba). Perisai diri yang digunakan tersebut lebih popular dipanggil sebagai rompi kalis peluru danbaju tahan api. 

Persoalan perlindungan diri menjadi keutamaan setiap anggota masyarakat untuk menjaga diri mereka tetap survive dalam menghadapi berbagai-bagai ancaman yang bersifat destruktif yang dapat merosak anggota tubuh badan.

Bagi bangsa Melayu ancaman keselamatan diri tidak hanya dilihat dari aspek fizikal tetapi dalam konteks pemikiran orang bangsa Melayu, mereka juga memahami perisai diri dari aspek kebatinan yang mereka fahami berkaitan dengan aspek mentaliti.Perkara perisai diri yang fizikal telah banyak difahami oleh orang ramai, namun yang lebih menarik dalam membicarakan perkara perisai diri, adalah dari aspek perisai diri kebatinan ilmu kebal. Setiap orang yang belum dapat memahami perisai diri ilmu kebal, mereka akan tertanya-tanya.

Ada sesetengah di kalangan orang Melayu mempercayai kewujudan ilmu kebal dan ada pula sesetengah daripada mereka tidak mempercayai dan ada pula yang tidak percaya sama sekali tentang kewujudan perisai diri ilmu kebal yang kononnya tak lut terkena senjata tajam.

Apa sebenarnya kewujudan perisai diri ilmu kebal ini, bagaimana cara perlakuannya, bagaimana pula kehandalan perisai diri ilmu kebal tersebut, sejauh mana orang ramai dapat mempercayainya. Perisai diri ilmu kebal yang penuh dengan tanda tanya bagi setiap orang adalah suatu ilmu esoterik, iaitu suatu kegiatan pembelajaran ilmu perisai diri kekebalan tubuh badan yang bersifat tertutup dari pandangan masyarakat awam.

Semua cara penggunaan dan mempelajari perisai diri ilmu kebal ini, adalah cara kerja yang dipraktikkan secara rahsia dan dengan segala pantang larang yang dinasihatkan oleh seorang guru kepada muridnya mesti dipatuhi oleh seorang murid untuk menjaga keberkesanannya. Kewujudan perisai diri ilmu kebal hanya dapat difahami dan dipercayai oleh para pengamal perisai diri ilmu kebal itu sendiri.

Dalam membicarakan perisai diri ilmu kebal yang di amalkan oleh orang Melayu adalah suatu pembicaraan yang lebih memberatkan terhadap kosmologi atau pun pandangan dunia masyarakat yang berhubung kait dengan sistem kepercayaan dan kehidupan sosio-budaya.

Bagi orang Melayu di seluruh daerah-daerah Nusantara sedikit-sebanyak telah mengetahui tentang ilmu perisai diri ilmu kebal tersebut. Namun setakat ini sebagai pendedahan awal tentang kewujudan perisai diri kebal, kita mencuba merujuk kepada masyarakat Melayu yang berada di daerah alam Melayu. 

Dalam menghadapi cabaran hidup orang Melayu memiliki cara tersendiri dalam mempertahan diri agar tetap survive. Terutama bagi keperluan keselamatan semasa dalam perjalanan berpergian merantau, perisai diri kebatinan atau ilmu kebal adalah suatu cara yang amat sesuai dengan alam kehidupan mereka.

Secara fizikal, pada umumnya orang Melayu adalah orang yang dikategorikan memiliki tubuh badan berukuran sedang apabila dibandingkan dengan ukuran tubuh badan bangsa Eropah dan bangsa Arab. Untuk mengatasi kekurangan dari aspek fizikal, orang Melayu tidak kehilangan kreativiti dalam menjaga keberadaan dirinya dari serangan yang mengancam keselamatan diri. Perisai diri kebatinan ilmu kebal merupakan salah-satu ilmu kebatinan yang digemari dan menjadi pilihan bagi anggota masyarakat Melayu sebagai alat perlindungan diri yang paling selamat dan mudah digunakan dari sebarang ancaman senjata tajam yang  mengancam keselamatan jiwa. 

Amalan perisai diri ilmu kebal merupakan suatu praktik kebatinan yang mencarik adat. Terhasil daripada praktik tersebut dapat menimbulkan kekebalan pada anggota tubuh badan seseorang terhadap senjata tajam. Cara kerja ini tidak dapat diukur dan difahami dengan akal fikiran yang menafikan segala cara kerja akal fikiran (logic).

Perisai diri ilmu kebal tidak semua orang dapat mempelajarinya, perisai diri kebatinan ini memerlukan suatu ketenangan dan kesabaran. Karakter yang dimiliki seseorang seperti ini amat sesuai dengan keadaan alam Melayu yang indah dipenuhi dengan alam flora dan fauna yang masih terpelihara merupakan simbolis kelembutan keperibadian masyarakatnya yang lebih suka hidup berdamai dengan  alamnya, kadang kala mudah menjadi bersedih hati apabila tersentuh mendengar kata-kata yang lemah lembut.

Sebaliknya pula dengan keberadaan alam tropikanya yang panas dan sekali-sekala disirami dengan kesejukan air di musim hujan dan terkadang diselangi angin ribut yang tidak menentu, kondisi alam seperti ini ikut pula dapat membentuk keperibadian masyarakatnya menjadi orang yang memiliki semangat yang tinggi dan dalam keadaan tertentu akan cepat menjadi panas, naik angin bahkan menjadi ganas yang sukar dikendalikan apabila mendapat cabaran yang mengejutkan.

Amalan perisai diri kebatinan ilmu kebal adalah suatu amalan yang diamalkan orang Melayu Nusantara berdasarkan latar belakang geografi, kehidupan sosio-budaya dan sistemkepercayaan yang dapat memberi impak kepada tubuh badan seorang individu menjadi kebal yang tidak lut terkena senjata tajam.

Perisai diri ilmu kebal, adalah suatu bidang kajian yang amat menarik bagi orang Melayu Nusantara kerana berkait rapat dengan unsur-unsur magis. Seperti yang telah kita fahami, perisai diri ilmu kebal terhadap senjata tajam adalah sejenis perisai diri dengan menggunakan amalan mantera atau jampi-jampi yang dapat memberi impak terhadap kekuatan fizikal pada keseluruhan permukaan kulit tubuh badan, urat, dan tulang.

Seorang individu yang mempelajari atau mengamalkan mantera kebal ini, anggota tubuh badannya tidak akan lut ditikam dan dipancung dengan senjata tajam dengan keizinan Allah SWT. Seorang pengamal ilmu kebal adalah orang yang memiliki kepercayaan dan keyakinan terhadap kuasa ghaib dengan menggunakan ayat-ayat mantera atau jampi sebagai media komunikasi untuk menimbulkan semangat dalam diri pengamal sehingga pengamal mantera perisai diri ilmu kebal tersebut berkemampuan memperoleh kekebalan kulit terhadap serangan daripada senjata tajam yang berasal dari bahan besi.

Bagi seorang individu yang berkeinginan hendak memperoleh ilmu kebal, dapat saja diperoleh dengan cara belajar dari seorang ahli kerohanian yang biasanya dipanggil guru kebal, atau pun dengan cara lain dapat juga dilakukan dengan melakukan pertapaan di tempat tertentu seperti tempat yang dianggap keramat atau pun di tempat sunyi di sebuah gua menerusi arahan seorang Guru Kebal.

Ada juga seseorang tanpa mempelajari ilmu kekebalan tetapi memiliki kekebalan tubuh semula jadi yang dibawa sejak lahir dengan ciri-ciri, semasa ia dilahirkan badannya dalam keadaan berbungkus kulit ari-ari. Kulit ari-aritersebut dapat diolah oleh para ahli spiritual bagi menjadikan ia kebal tak lut senjata tajam.

Mengikut pandangan guru kebal di alam Melayu Nusantara. perisai diri ilmu kebal terhadap senjata tajam dapat dipecahkan menjadi dua jenis, iaitu;

Pertama, perisai diri ilmu kebal hitam dengan ciri-ciri persyaratan bahan-bahan yang digunakan mengandungi unsur-unsur yang dianggap bercanggah dengan pantang larang yang berkaitan dengan hukum haram dan halal di dalam ajaran agama Islam.

Apabila seorang individu yang mempelajari ilmu kebal hitam, seseorang perlu mengambil salah satu pensyaratan, iaitu sebagai contoh; bahan berupa darah kucing, darah anjing, tembuni manusia selepas melahirkan dan pensyaratan yang paling ringan adalah darah ayam berbulu warna hitam dan keseluruhan bahan-bahan pensyaratan ini dipergunakan untuk dimakan.

Amalan seperti ini merupakan suatu perilaku berdasarkan kepada kepercayaan animisme dan dinamisme. Dipercayai bahan-bahan ini digunakan sebagai tambahan untuk melengkapi kekuatan darah merah pada tubuh badan si pengamal mantera ilmu kebal.

Dari segi ayat-ayat mantera yang diamalkan oleh seorang pengamal mantera ilmu kebal hitam adalah amalan ritual dianggap songsang.
Ritual sesat yang sedemikian amat sukar difahami bagi orang awam. Bagaimana seorang pengamal mantera kebal ini melihat keberadaan isi kandungan ayat mantera tersebut hanya antara pemantera dan bomoh yang boleh memahaminya.

Ilmu kebal jenis ini tidak digemari di kalangan anak muda di alam Melayu Nusantara kerana tidak sesuai dengan norma-norma hukum syariat agama Islam yang mereka amalkan dalam kehidupansehari-hari. amalan ilmu kebal yang dianggap songsang adalah suatu  sinkretisme  kefahaman kepercayaaniaitu perpaduan antara kepercayaan primitif dengan kepercayaan Islam yang datang kemudian sehingga perpaduan kepercayaan tersebut mengakibatkan kekeliruan terhadap norma dan nilai keagamaan dalam Islam. Bagi masyarakat Melayu Nusantara amalan ilmu kebal seperti ini mereka panggil ilmu kebal Tembun Jati. Dipercayaiapabila seorang pengamal ilmu kebal tembunjati mati jasadnya tidak akan diterima tanah.

Dalam pengertian, walau pun seseorang tersebut telah mati dan tidak bernyawa lagi namun jasad atau tubuh badannya di dalam alam kubur tetap kekal dan jasadnya tidak akan reput atau hancur sehingga bila-bila masa. Bahagian anggota tubuh, seperti kuku, rambut, dan gigi yang ia miliki akan tumbuh menjadi panjang. Amalan ilmu kekebalan ini amat berbahaya dan patut dielakkan untuk diamalkan bagi generasi muda yang berminat pada perisai diri ilmu kebal.

Kedua, ilmu kebal putih,iaitu dengan pensyaratan bahan-bahan yang dipergunakan mengandungi unsur-unsur yang dianggap tidak bercanggah dengan hukum haram dan halal didalam agama Islam. Semua persyaratan ini berasal daripada bahan tumbuh-tumbuhan dan lain-lain.

Kehandalan ilmu kebal putih memiliki kekuatan setaraf dengan ilmu kebal tembun jati, tetapi ilmu kebal putih tidak boleh diperlihatkankepada seseorang kerana merupakan suatu pantang larang yang boleh mengakibatkan kemudaratan yang sinonim dengan perbuatan angkuh dan sombong. Ilmu kebal putih ini hanya dapat digunakan apabila betul-betul berada dalam keadaan terdesak untuk mengelak dari serangan musuh.

Amalan ilmu kebal putih dipercayai tidak memberi kesan apa pun selepas kematian seseorang tersebut kerana ayat-ayat mantera kebal putih dianggap tidak bercanggah dengan syariat hukum Islam.

Aspek kepercayaan praktik perisai diri ilmu kebal hendaklah selari pula dengan aspek fizikal dan mentaliti diri seorang pengamal. Amalan perisai diri kebatinan ilmu kebal memiliki sistem pembelajaran yang berstruktur dan tidak cukup dengan hanya menyebutkan ayat-ayat mantera atau jampi-jampi untuk memperoleh kekebalan tubuh badan.

Dengan hanya berlandaskan keyakinan dengan tanpa praktik yang melibatkan  fizikal, pembelajaran perisai diri kekebalan mustahil akan diperoleh. Sebelum seorang individu hendak mempelajari perisai diri kebatinan ilmu kebal, seperti lazimnya seorang murid mesti memenuhi beberapa persyaratan yang diberikan kepada seorang guru, seperti wang pengeras,kain putih, buah kelapa, beras, sirih sekapur, parang, pisau atau senjata tajam sejenisnya (sekadar pengetahuan,lain tempat berguru lain pula persyaratannya).

 Semua peralatan ini dipergunakan untuk keperluan untuk mempraktikkan kekebalan ilmu kebal. Cara mempraktikkan perisai diri ilmu kebal, antara satu guru dengan guru yang lain lebih kurang menggunakan persyaratan dan cara praktik yang sama. Apabila seorang individu berkeinginan mempelajari perisai diri ilmu kebal, biasanya seseorang tersebut perlu memenuhi persyaratan kepada seorang guru kebal.

Jenis pensyaratan tersebut ianya bergantung apa yang diperlukan seorang guru tersebut. Sebagai persyaratan pendahuluan seperti menyediakan wang pengeras dengan nilai tertentu untuk guru yang dilengkapi dengan sirih sekapur. Persyaratan tambahan yang telah menjadi kebiasaan, seperti rokok, gula pasir, kopi, dan makanan diperlukan sekadar untuk memenuhi adat kebiasaan minum bersama yang dilakukan seorang murid dengan guru.

Persyaratan tambahan ini berfungsi sebagai alat pendekatan perhubungan antara guru dengan murid agar tetap kelihatan akrab. Telah menjadi suatu adat resam sebelum belajar perisai diri ilmu kebal seorang murid bersembang-sembang terlebih dahulu dengan seorang guru tentang bagaimana kehebatan ilmu kebal dan ada kalanya seorang guru memperlihatkan kekebalan dirinya dengan cara menakik, menyayat dan menusuk dirinya dengan senjata tajam.  Apa yang diperlihatkan seorang guru kepada calon muridnya bertujuan untuk membangkitkan semangat murid dan sebaliknya pula ada kalanya seorang murid akan merasa gementar ketakutan melihat seorang guru menakik dan mengelar lehernya sendiri. Ketakutan seorang murid ini dengan alasan mungkin saja seorang murid tersebut akan membayangkan sekiranya sebilah parang yang tajam mengilat tersebut dapat memenggal kepala seseorang, tentu kepala orang tersebut akan tercabut dari lehernya. Contoh yang diberikan guru adalah cabaran awal bagi seorang murid sama ada dia berkeinginan hendak meneruskan belajar atau pun tidak. Biasanya seorang murid selepas melihat apa yang telah diperlihatkan seorang guru, bagi seorang murid yang tidak memiliki semangat yang kuat atau pun mentaliti yang lemah pada hari esoknya murid tersebut dipastikan akan gagal mendatangi gurunya kerana ketakutan dengan bayangan dirinya sendiri sekiranya lehernya di pancung dengan parang tajam, sudah barang tentu kepalanya akan tercabut dari tubuh badannya.

Bagi seorang murid yang berkeinginan besar untuk belajar dan berani, serta tabah dalam menghadapi beberapa cabaran dengan suatu prinsip berserah diri kepada takdir Rabb dan dengan satu kenyataan, iaitu lebih baik mati di pancung dengan parang pedang tajam daripada tidak dapat memperoleh kejayaan dalam belajar perisai diri ilmu kebal. Murid seperti ini adalah orang yang dianggap memiliki mentaliti yang kuat.

Kebanyakan orang yang memiliki mentaliti seperti ini dipastikan akan memperoleh kejayaan di dalam belajar perisai diri ilmu kebal. Jelasnya begitulah modal awal mentaliti yang mesti dimiliki bagi seorang penuntut ilmu kebal. 

Dalam praktik perisai diri ilmu kebal tidak semua orang dapat mempelajarinya, ada beberapa tahap pembelajaran yang mesti dilalui oleh seorang murid untuk sampaikepada kejayaan memperoleh kekebalan tubuh badan;

Tahap awal, seorang guruakan mengarahkan muridnya untuk menghafal ayat-ayat mantera atau jampi kekebalan. Selepas seorang murid tersebut hafal ayat-ayat mantera atau jampi tersebut, kemudian dalam masa beberapa hari seorang guru tersebut akan memberi penjelasan tentang makna ayat-ayat mantera atau jampi tersebut. Penjelasan ayat-ayat tersebut berhubung kait dengan unsur-unsur kepercayaan kepada Allah SWT dan asal-usul yang berkaitan dengan kejadian isi alam semesta ini,juga bab hakikat ilmu kebal. Selepas penjelasan tersebut dapat difahami oleh murid, seorang guru akan melanjutkan pada tahap berikutnya.(bergantung kepada jenis keilmuan kebal yang dipelajari)

Tahap kedua, Menyediakan peralatan yang perlu disediakan oleh seorang murid untuk praktik kekebalan tubuh badan,iaitu; sebilah senjata tajam parang atau pisau tajam yang memiliki ketajaman yang dapat mencukur bulu tangan atau bulu kaki,dan ada pula guru memerlukan beberapa biji buah kelapa untuk dimasak dalam kuali.

Selepas beberapa biji buah kelapa tersebut dimasak dalam kuali dan minyak kelapa yang masih berada dalam keadaan panas, atas arahan seorang guru seorang murid tersebut langsung mengaup minyak panas ke dalam kuali itu dengan kedua belah tangannya dan disapukan secara merata ke tubuh badan. Selepas selang dua tiga hari murid diarahkan bergolek-golek di dalam bara api yang panas dalam masa beberapa minit .

Apabila tubuh badan seorang murid tidak ada yang melecur terkena minyak panas dan terkena panas bara api, bermakna murid tersebut dibenarkan untuk meneruskan mempraktikkan perisai diri ilmu kekebalanpada tahap seterusnya dan kemudian 

Tahap ketiga, selepas bermandi minyak panas, seorang guru akan menggunakan senjata tajam parang yang akan ditakik ke tubuh badan seorang murid. Sebelum anggota tubuh badan seorang murid ditakik dengan parang tajam, seorang murid diarahkan membaca ayat-ayat doa secara jelas ucapannya sebanyak satu kali, selepas itu murid diarahkan mengingat Allah SWT dengan menyebut nama Allah di dalam hati secara berterusan tiada terputus-putus dengan penuh keyakinan sambil berserah diri kepada Allah. Takikan pertama biasanya dilakukan oleh seorang guru pada paha dan kaki secara perlahan dalam beberapa kali takikan dalam posisi badan menelungkup, seterusnya diteruskandengan takikan agak laju dalam beberapa kali takikan.

Kemudian takikan seterusnya dapat beranjak ke bahagian seluruh anggota tubuh badan. Apabila beberapa takikan tidak memberi kesan apa-apa pada anggota tubuh badan, takikan sesuka hati dapat dilakukan oleh seorang guru sehingga parang tajam tersebut menjadi tumpul, sama ada takikan tersebut dalam keadaan posisi menelungkup atau posisi menelentang. Parang yang telah digunakan untuk menakik anggota tubuhbadan orang yang belajar ilmu kebal tidak akan dapat digunakan lagi untuk keperluan menakik benda apa pun,kerana sepuh tajam parang tersebut telah lupus dan sebaiknya parang tumpul itu dibuang saja. Selepas menjalankan tindakan praktik ilmu kekebalan ini, seorang murid dinyatakan telah berjaya pada tahapan awal. 

Bagi seorang murid yang kurang berkeyakinan dengan dirinya dalam mempelajari amalan ilmu kebal boleh mengakibatkan kecederaan terluka pada anggota tubuh badan, hal seperti ini kerap juga berlaku semasa belajar ilmu kebal. Untuk memperbaiki mentaliti bagi seseorang yang terluka memerlukan masa yang agak lama untuk memperoleh kejayaan dalam mempelajari perisai diri ilmu kebal. Persoalan pembelajaran perisai diri ilmu kebal, adalah persoalan yang berkait erat dengan persiapan penguatan mentaliti (batin) yang tidak berhubung kait dengan persoalan logik.

Aktiviti perisai diri ilmu kebal adalah suatu aktiviti yang menafikan persoalan logika yang tidak memerlukan kepintaran akal fikiran seseorang individu dalam memecahkan hubungan sebab-akibat dalam suatu masalah.

Kejayaan seorang penuntut perisai diri ilmu kebal ditentukan oleh tingkat keyakinan dan kepercayaan terhadap sesuatu yang ia amalkan. Kepercayaan berserah diri terhadap kekuasaan Allah adalah sebahagian daripada kejayaan diri pengamal dalam menentukan anggota tubuh badan menjadi kebal dan tidak lut terkena senjata tajam.

Untuk tahap pengembangan perisai diri ilmu kebal dapat dipelajari mengikut peringkat kekebalan yang dipelajari seorang penuntut, iaitu; kebal selapis, kebal tiga lapis, kebal tujuh lapis,kebal sembilan lapis, dan kebal 13 lapis.

Keseluruhan peringkat kekebalan ini merupakan amalan yang dilakukan yang berhubungan dengan asas-asas pembelajaran ilmu kekebalan yang dikaitkan dengan prinsip-prinsip amal ibadah di dalam agama Islam, seperti ilmu kebal 13 adalah sinonim dengan konsep solat 13 yang bermula dengan takbir dan ditutup dengan salam. Asas-asas solat 13 ini juga merupakan asas bagi ilmu rawatan orang Melayu. Dengan demikian peringkat-peringkat pembelajaran ilmu kebal tersebut secara tidak langsung merupakan suatu pembelajaran dengan menggunakan simbol-simbol berunsurkan penanaman nilai-nilai keagamaan terhadap pengamal perisai diri ilmu kebal.

Relevan siperisai diri ilmu kebal dalam konteks budaya masyarakat Melayu Nusantara

Dalam sejarah kehidupan orang Melayu Nusantara dalam merentasi jalan keluar menuju kealam perantauan bukanlah suatu pekerjaan yang mudah pada masa lampau.

Keadaan geografi alam Melayu Nusantara yang bergunung-ganang serta keganasan alam yang mencabar disepanjang jalan, di merata-rata tempat berkeliaran binatang buas dan penyamun ganas. Pada masa itu  belum ada anggota pihak keamanan yang menjaga keselamatan rakyat, kemungkinan besar pada masa itu yang lebih menonjol adalah hukum rimba dengan suatu konsekuensi siapa yang kuat dialah yang berkuasa.

Secara tidak langsung dengan keadaan masyarakat yang kurang bersahabat, situasi seperti ini memberi suatu inspirasi kepada orang Melayu Nusantara sebelum pergi merantau “sediakan payung sebelum hujan” sekiranya kita tidak teringin basah. Jadi sebelum orang Melayu Nusantara pergi merantau mereka mesti membekali diri dengan perisai diri yang sesuai dengan latar belakang pengetahuan dan kepercayaan yang mereka pegang mengikut adat-istiadat mereka.

Seperti petua orang tua-tua Melayu Nusantara pada zaman lampau “kalau tidak tahan sepit,kalau tidak tahan gunting dan hanya berbekal nasi saja yang ada di dalam perut,maka seorang pemuda belum berpatutan untuk dilepaskan pergi merantau”. Bagi mereka yang teringin hendak merantau mereka dinasihatkan setidak-tidaknya bagi anak lelaki, iaitu memiliki perisai diri kekebalan yang sejalan dengan ungkapan adatnya “pergi berlepas dan balik dinanti” ertinya sebelum seseorang pergi merantau mestilah dibekali dengan persyaratan perisai diri agar dapat selamat selama dalam masa perjalanan menuju negeri perantauan dan apabila balik semula ke kampung halaman dapat selamat serta membawa suatu kejayaan untuk sanak keluarga.

Di alam Melayu Nusantara perisai diri kebatinan ilmu kebal merupakan salah satu amalan ilmu kebatinan yang digemari oleh sebahagian anak muda. Kegemaran ini dikesan merupakan suatu rangkaian matarantai pengalaman hidup yang berlaku secara turun-temurun berkaitan dengan kehidupan sosio-budaya orang Melayu Nusantara.

Semua tindakan dan perilaku orang Melayu Nusantara dalam persoalan perisai diri yang dijadikan alat keperluan keselamatan merupakan suatu manifestasi tindakan perilaku dalam penyesuaian diri terhadap keadaan geografi alam Melayu Nusantara bergunung-ganang yang dipenuhi hutan belantara yang mencabar dan pada masa itu pengaturan perhubungan kehidupan sosial masih berlandaskan  undang-undang tradisi lisan yang tidak konsisten dan ada kalanya bersifat subjektif dalam keputusan peradilan adat pada masa itu, sehingga dapat menimbulkan konflik hubungan peribadi yang dapat berakibat terciptanya jenayah.

Bagi orang Melayu Nusantara yang mengalami kesulitan kehidupan sosial di negeri sendiri dan bagi mereka yang pernah memiliki pengalaman pergi merantau ke luaran daerah Melayu Nusantara pada zaman kehidupan sulit di masa lampau, tentu mereka akan menceritakan pengalaman perjalanan hidup mereka  kepada anak cucunya, bahawa pada zaman lampau betapa sulitnya untuk memenuhi keperluan hidup.

Untuk memperoleh kelengkapan kesejahteraan hidup terutama bahan material,berupa pakaian dan bekal makanan amatlah sulit kerana perhubungan jalan raya masih berbentuk jalan setapak dan sistem jual-beli masih lagi menggunakan sistem tukar barang dengan barang. Untuk memperoleh garam dan kain bagi keperluan hidup mereka terpaksa pergi ke luar daerah dengan menggalas beras di atas punggung yang hendak ditukarkan dengan garam dan kain. Untuk mencapai daerah pantai tersebut mereka mesti melalui jalan puluhan kilo meter bahkan ratusan kilo meter  dengan mengambil masa dua atau tiga hari berjalan kaki dan kadang kala terpaksa tidur di tepi jalanan, di pinggiran sungai dan tepi jurang yang dalam.

Dalam melalui keadaan alam yang mencabar mereka mesti memiliki ketahanan anggota tubuh badan dari serangan binatang buas dan penyamun ganas yang setiap saat selalu menghalang di jalan. Latar belakang sejarah yang dialami orang tua-tua di alam Melayu Nusantara tersebut masih lagi memberi kesan kepada sebahagian golongan pemuda pada masa sekarang.

Apabila anak muda telah mencapai usia dewasa, ada sebahagian daripada anggota keluarga merekamemberi nasihat untuk pergi mempelajari ilmu kebal sebagai bekal hidup. Seseorangyang memiliki ilmu kebal, ia dianggap orang yang memiliki keperibadian yang kuat dan mampu melindungi diri dan keluarga serta dipandang memiliki kedudukan status sosial di dalam masyarakat. 

Di dalam kehidupan moden di alam Melayu Nusantara, perisai diri ilmu kebal masih lagi diamalkan oleh sebahagian para pemuda bahkan juga melibatkan orang tua. Mereka memahami perisai diri ilmu kebal adalah alat keselamatan tradisional yang telah menjadi milik adat resam  yang diwariskan keberadaannya secara turun-temurun. Dan dari segi aspek  keagamaan orang Melayu Nusantara majoriti beragama Islam, kewujudan perisai diri ilmu kebal berkait rapat dengan keperluan amal ibadah.

Pada asasnya isi kandungan perisai diri “ilmu kebal” adalah suatu bidang kajian kebatinan yang bersumberkan daripada pada asas-asas pemahaman tentang makrifatullah mengenal Allah,mengenal sifat-sifat Allah dengan dalil-dalil yang nyata dan terang seperti kewujudan alam ini.

Bagi masyarakat Melayu Nusantara yang mengetahui persoalan keagamaan yang lebih mendalam mereka menganggap penting untuk mempelajari dan mengetahui untuk memperkuat keimanan. Dari segi kehidupan sosio-budaya bagi mereka yang masih kuat berpegang kepada kehidupan adat resam tradisi, ada sebahagian daripada mereka mencadangkan bagi anak-anak lelakinya apabila telah mencapai usia dewasa akan diberi peluang untuk pergi belajar perisai diri “ilmu kebal”.

Di dalam pembelajaran “ilmu kebal” ada beberapa prinsip nilai keagamaan yang dapat diperoleh dari mempelajari ilmu kebal tersebut, iaitu; pertama apabila anak-anak mereka belajar tentang Asma Allah,Kalamullah mereka fahami sebagai belajar bahagian isi ilmu agama. Kedua, apabila anak-anak mereka hanya belajar perisai diri ilmu kebal secara praktikal untuk tujuan keselamatan di dunia mereka fahami sebagai ilmu bahagian kulit saja, dan apabila anak-anak mereka mempelajari sekali kedua-duanya, mereka fahami sebagai belajar ilmu sejati.

Petua orang tua di alam Melayu Nusantara mengatakan,hidup terpakai-mati terbawa, ertinya belajar ilmu kebal dapat digunakan sebagai bekal keselamatan di dunia dan belajar ilmu Zikir dapat digunakan sebagai bekal amal ibadah di alam akhirat. Dengan konsep hidup dunia akhirat orang Melayu Nusantara mengharapkan anak-anaknya menjadi manusia yang memiliki keperibadian yang kuat dan sempurna, sama ada dari segi zahir mahu pun dari segi kebatinan.

Kesempurnaan tersebut adalah kesempurnaan mengikut yang diajarkan di dalam syariat Islam, iaitu dapat menjaga diri berhubungan dengan Rabb, dapat menjaga diri berhubungan dengan alam, dapat menjaga diri berhubungan dengan sesama manusia, serta dapat menjaga keberadaan diri sendiri.

Perisai diri ilmu kebal telah memberi impak yang positif terhadap perkembangan kekuatan mentaliti kelompok pemuda di alam Melayu Nusantara. Selepas seorang individu mempelajari perisai diri ilmu kebal, seorang guru akan memberi petua kepada anak muridnya, bahawa ilmu harus disimpan dengan penuh kerahsiaan dan tidak boleh diperlihatkan kepada orang lain.

Sekiranya dalam masa tertentu kita diserang oleh seseorang dengan senjata tajam, selagi dapat dielakkan, kita mesti mengelak dari sasaran terkena senjata tajam, dan apabila tidak ada jalan lain untuk mengelak, maka kita harus mengambil tindakan tegas, dengan satu iktikad jangan mengelak dari senjata tajam walau sehelai rambut dibelah tujuh.

Untuk apa belajar perisai diri ilmu kebal sekiranya tidak dapat mematah serangan musuh. Musuh tidak dicari terjumpa musuh perpantangan lari. Sifat merendah diri, sifat ketegasan membuat keputusan, sifat kebanggaan dan kepercayaan terhadap diri sendiri dalam membela kebenaran adalah nilai-nilai keperibadian yang ditanam oleh seorang guru kebal ke dalam jiwa dan pemikiran seorang murid penuntut perisai diri ilmu kebal dalam menghadapi situasi yang mengancam keselamatan diri. 

Kesimpulan
Dalam pendedahan perisai diri ilmu kekebalan yang diamalkan masyarakat Melayu Nusantara ada beberapa penjelasan yang dapat kita fahami. Perisai diri ilmu kebal adalah ilmu kebatinan yang bersifat esoterik yang mencarik adat.

Bagaimana perlakuan dan amalan ilmu kebal tersebut, dalam hal tidak dapat diukur dengan akal fikiran, ilmu kebal adalah suatu kegiatan yang berlandaskan kepada suatu kepercayaan dengan menggunakan ayat-ayat mantera atau jampi sebagai medium untuk membangkitkan emosi pengamal perisai diri ilmu kebal, sehingga menghasilkan kekuatan yang amat luar biasa.

Untuk membangkitkan keyakinan penuntut ilmu kebal, kepercayaan penuntut terhadap kuasa Allah mesti tertanam dalam diri seorang penuntut perisai diri ilmu kebal.

Dalam kehidupan orang Melayu Nusantara, perisai diri ilmu kebal adalah suatu keperluan keselamatan diri yang masih diperlukan. Keperluan tersebut terlahir dari latar belakang sejarah nenek moyang yang telah menjadi suatu adat resam serta disokong dengan keadaan alam pemikiran masyarakat tradisionalnya yang masih berpegang teguh kepada hal yang berunsurkan kepada kepercayaan alam magis dan keagamaan.

Kemudian dalam kehidupan masyarakat moden ini yang lebih condong kepada kehidupan material,keperluan perisai diri kekebalan bagi masyarakat Melayu Nusantara berkait rapat dengan keperluan praktikal sebagai alat keselamatan yang kewujudannya sejalan dengan berkembangnya pemikiran tentang aspek pemahaman tentang keilahian. Munculnya pemikiran tersebut adalah suatu keinginan untuk menggali sifat-sifat keilahian lebih mendalam. Asas-asas sifat keilahian tersebut adalah sebagai dasar yang selalu disebut-sebut dan ditafsirkan dalam mempelajari perisai diri ilmu kebal yang menghuraikan tentang kehendak dan kekuasaan Allah.

Dari pemahaman asas-asas sifat keilahian dalam perisai ilmu kebal sedikit-sebanyak telah menanamkan rasa keimanan dan kesedaran seorang pengamal perisai diri ilmu kebal terhadap keberadaan kekuasaan Allah yang ikut terlibat dalam kehidupan alam dunia yangkita duduki ini. 

Dalam memahami perisai diri: praktik kekebalan masyarakat Melayu Nusantara, ada dua landasan pemikiran yang dapat diketahui,iaitu; di satu sisi perisai diri ilmu kebal secara praktikal dapat berfungsi bagi keperluan jasmani dan di satu sisi perisai diri ilmu  kebal dapat berfungsi bagi keperluan pengisian rasa keimanan dalam rohani.

Kedua-dua asas pemikiran ini telah melahirkan suatu konsep “hidup terpakai mati terbawa” dalam erti, perisai diri ilmu kebal dapat dipakai untuk keperluan keselamatan hidup di alam dunia dan asas-asas perisai diri ilmu kebal dapat pula dapat pula dibawa sebagai bekal pahala di alam barzakh(alam Kematian).

Dalam mempelajari perisai diri ilmu kebal telah dapat memberi manfaat melebihi bagi keperluan kekebalan itu sendiri secara praktikal. Perisai diri ilmu kebal dapat membentuk mentaliti dan keimanan seseorang menjadi kukuh dalam menempatkan keberadaan dirinya dalam bersosialisasi di tengah-tengah kehidupan orang ramai bagi memperoleh kesejahteraan hidup di alam dunia dan di alam akhirat.

MITOS TENTANG KESAN SAMPINGAN NEGATIF PENGAMAL ILMU KEBAL
Beberapa orang masih menyakini bahawa pemilik Ilmu Kebal akan mengalami kesulitan hidup dan mati, susah dapat rezeki, mengalami sakit jiwa (gila), menderita saat akan mati dll. Saya membantah mentah-mentah pendapat tersebut. Bukankah masalah rezeki dan nasib adalah Allah SWT yang menentukan???

Memang ada terdapat pemilik ilmu kebal adalah orang yang tak mempunyai wang alias miskin, tapi saya yakin itu bukan disebabkan oleh ilmunya, melainkan kerana dia malas bekerja dan bodoh sombong. Kebanyakan orang yang memiliki ilmu kebal menjadi sombong dan malas bekerja, hanya mengharapkan orang datang meminta pertolongannya lalu menyelipkan beberapa lembar wang ringgit ketika bersalaman. Jadi bukan kerana Ilmunya.
Sebetulnya baik buruk efek Ilmu Kebal tergantung pemiliknya.

Boleh saja Allah menghukum dengan cara menyulitkan rezeki, menyiksa saat datangnya ajal atau hukuman lain kerana orang tersebut sombong dan suka menindas orang lain dengan ilmunya, INGATLAH bukankah kita selalu dalam kekuasaan Allah.
Sekadar Renungan:
Ilmu Kebal Haq Pamungkas Anugerah Agung tidak membuat Anda menjadi manusia super yang tidak kenal sakit. Tubuh para pengamal Ilmu Kebal Haq Pamungkas Anugerah Agung tetap seperti tubuh manusia pada umumnya, tetapi punya "perlindungan  haq " yang selalu siap melindungi apabila diperlukan. Meskipun energi Ilmu Kebal Haq Pamungkas Anugerah Agung melindungi Anda dari penyakit, tetapi apabila Anda kurang istirehat, makan tidak teratur, dan terlalu banyak berfikir, Anda tetap boleh terkena penyakit-penyakit ringan seperti selsema, batuk dan masuk angin. Walaupun kadar sakit yang Anda derita tentunya sudah sangat berkurang dan lebih cepat sembuh dibanding sebelum mempraktikalkan Ilmu Kebal Haq Pamungkas Anugerah Agung Sedangkan untuk penyakit yang mematikan seperti kanser dan HIV, diyakini Ilmu Kebal Haq Pamungkas Anugerah Agung memberi pelindungan dan pencegahan sepenuhnya.

Ada pun  Ilmu Kebal Haq Pamungkas Anugerah Agung - yang merupakan usaha batin - adalah sebagai pelengkap usaha lahir yang biasa kita lakukan. Tetaplah berhati-hati dalam segala kegiatan kita agar kita terhindar dari segala kecelakaan. Anda tidak dibenarkan untuk hidup sesuka hati kerana merasa Ilmu Kebal Haq Pamungkas Anugerah Agung menjadikan Anda "kebal" dari segala gangguan. Apabila Anda punya perasaan demikian, justeru perasaan seperti ini dapat menghambat mengalirnya energi Ilmu Kebal Haq Pamungkas Anugerah Agung. Tetaplah rendah hati serta sentiasa merendah diri, bersikap menghormati orang lain, dan pasrah kepada Allah Rabb Yang Maha Esa. Intinya, seorang pengamal Ilmu Kebal Haq Pamungkas Anugerah Agung tidak patut merasa sombong atas ilmu yang dimilikinya.