PROGRAM
BENGKEL ILMU KEBAL HAQ PAMUNGKAS ANUGERAH AGUNG(TINGKAT TINGGI)
Merupakan salah satu method perlindungan keselamatan diri tingkat tinggi
yang paling praktikal,tepat dan dapat dibuktikan kekuatannya!!!
Memiliki serta mempelajari ilmu Kekebalan
itu dibolehkan.Tidak ada larangan dalam Islam,sepanjang cara untuk
mendapatkannya tidak bertentangan dengan Syariat Islam,dan tidak digunakan
untuk menyombongkan diri / menunjuk-nunjuk serta mempamerkan kepada orang lain
untuk berbuat jahat atau terlibat dalam kes Jenayah.
Ilmu Kekebalan hanya boleh digunakan untuk
membela diri atau untuk menegakkan kebenaran dan menghancurkan kemungkaran. Dan
diperolehnya untuk membela diri itupun jika sudah dalam keadaan yang terpaksa.
Dalam program ini kami bahagikan ilmu
kebal ini beberapa bahagian untuk memudahkan Anda membuat pilihan untuk
mempelajari ilmu kekebalan haq. Semoga dengan berkat amalan ini dapat menjadikan
manfaat khususnya bagi diri kita sendiri,keluarga,dan bagi orang lain pada
umumnya dan digunakan untuk menjaga Agama Bangsa dan Negara…
Dari
pengalaman memburu ilmu kebal, ternyata kekebalan itu terbahagi dalam berbagai
jenis:
1.
Kebal senjata tajam(parang,samurai,pisau,gunting dll)
*Kebal Tetakan/bacokan
*Kebal tusukan
*Kebal Sayatan atau hirisan senjata tajam
2.
Kebal Api/Panas.
Tahan
terhadap panasnya api, selamat dari bahaya api,air panas,atau minyak panas.pengujian
dengan test makan bara api,disiram /berendam dalam air panas mendidih 100
darjah celcius,mandi minyak panas mendidih dll
3.
Kebal Pukulan /Tahan Pukul(tumbukan,kayu,batang paip,tukul besi dll)
Tahan
terhadap benturan, pukulan mahupun benda keras.Biasanya maksimum kekuatan
benturan tanpa luka/memar
4.Kebal
Asid
Kebal
asid mempunyai daya ketahanan dari sebarang jenis cecair yang memudaratkan.Memandangkan
dunia kini cecair asid telah digunakan secara salah untuk tujuan yang juga
salah oleh individu yang tidak mempunyai sifat kemanusiaan.Mangsa yang
mengalami musibah disimbah asid akan mengalami nasib yang amat malang.Bahagian
tubuh yang terkena simbahan asid akan mengalami kecacatan kekal sehingga
keakhir hayatnya malah amat menyayat hati.Dari itu ingatlah dan jangan
dipandang ringan.Sediakan payung sabelum hujan.Ilmu ini merupakan usaha
kebatinan untuk persediaan atau pertahanan diri.
5.Kebal
dari sengatan binatang berbisa
Insya
Allah dengan lantaran ilmu ini jika digigit atau disengat binatang
berbisa, ianya tidak memberi bekas atau kemudaratan kepada pengamalnya dengan
keizinan Allah.
6.Kebal
Racun
Insya
Allah lantaran ilmu ini apabila pengamalnya termakan atau terminum racun dan
sebagainya menjadi tawar serta tidak memberi bekas kepada pengamalnya dengan
keizinan Allah.
7.
Anti Cukur(gillete/pisau cukur dll)
Kekebalan
yang paling banyak dicari orang, membuat rambut tidak dapat diputus,dikerat dan
sebagainya.
8.
Kebal Peluru/Bom/dll
Ini
juga yang paling dicari. Tahan terhadap benturan peluru dari timah atau besi, atau
tembakan senantiasa meleset, bahkan senjata boleh tidak berfungsi atau meletup.
Dalam praktikal, benturan peluru, walaupun menggunakan senapang angin, tetap
membuat kulit berbekas merah,kulit tidak mengalami luka serta tidak merasa
sakit hanya berasa kebas.
Ilmu-ilmu
kebal yang saya sebutkan diatas ini hanya sebahagian kecil dari variasi ilmu
kebal yang ada, tetapi yang perlu digaris bawahi adalah, ternyata belajar menuntut
ilmu kebal itu banyak gurunya, juga waktunya termasuk kos/ fidyah/ yurannya juga
perlu diambil kira. Dan menurut saya ilmu kebal saling melengkapi di antara
satu sama lain.Semua jenis Kebal diatas mempunyai amalan khusus berupa wiridan
zikir,doa pengucap ilmu dan lain-lain.
Perlu
saya peringatkan mempelajari Ilmu Kebal dalam program Ilmu Kebal Haq Pamungkas
Anugerah Agung tingkat tinggi bukan untuk tujuan main-main,atau sekadar mencuba
atau digunakan untuk tujuan kerosakan,bersifat negatif atau merugikan pihak
lain,ilmu ini BUKAN sekali-kali ilmu pertunjukan debus,silap mata atau ilusi
magic seperti yang dilakukan oleh paranormal palsu atau Magician. Kerana orang
sebeginilah yang telah merosakkan nama baik perguruan Ilmu Spiritual,kebatinan
sehingga menimbulkan kontroversi dalam penilaian masyarakat.
Perlu
saya TEGASKAN disini keilmuan dalam program Ilmu Kebal ini adalah sebagai
ikhtiar kita memohon pertolongan Allah dalam menjaga keselamatan diri.Ilmu ini
adalah merupakan Warisan Leluhur yang perlu kita jaga agar tetap terpelihara
agar tidak pupus ditelan zaman.
Ilmu
Kebal Haq Perlindungan dan Keselamatan adalah salah satu ikhtiar atau usaha kita
untuk mendapatkan perlindungan keselamatan dari Allah SWT. Dimana diharapkan
dengan ikhtiar kita tersebut,Allah SWT senantiasa memberikan perlindungan
keselamatan dalam berbagai bentuk yang dikehendaki-NYA kepada kita. Ingatlah
tujuan ilmu kebal haq ini bukan untuk kesombongan tetapi semata ikhtiar kita
kepada Allah SWT agar mendapatkan keselamatan dari-Nya.
Sedangkan
cara Allah dalam memberikan beraneka keselamatan kepada kita dapat melalui
berbagai bentuk dan cara.
Umpamanya
agar kita selamat dari senjata tajam, kita diberikan keselamatan “seperti”
kekebalan. Agar selamat dari kemiskinan, kita diberikan “jalan” agar mudah
mendapatkan rezeki yang halal. Agar selamat dari kecelakaan, kita diberikan
“firasat” yang menguntungkan. Dan cara-cara lain yang tidak ada satu pun
manusia mengetahuinya.
Begitupun
Ilmu Kebal Haq Pamungkas Anugerah Agung ini,
tidaklah merubah fitrah manusia. Dan Insya Allah tidak menjadi bertentangan
dengan aqidah mahupun syareat Islam.
Selamatnya kita tentunya atas izin dari Allah SWT. Kalaupun kerana suatu sebab kita mengalami musibah, juga merupakan af’al-Nya, apa yang sudah menjadi ketentuan-Nya. Dimana tidak ada satupun manusia yang dapat menghindar dari hal tersebut, selain hanya menerima dan tawakal.
Ilmu
Kebal Haq Pamungkas Anugerah Agung bukanlah
satu-satunya cara untuk memperoleh keselamatan-Nya, tetapi hanya salah satu
dari sekian juta cara, sehingga disarankan amalan-amalan lain yang diberikan
oleh Ulama pembimbing kita tetap kita pelihara dan amalkan secara istiqomah
atau terus menerus.
Dan tentu saja, perilaku dan cara hidup kita juga mempengaruhi cara keselamatan itu datang. Kesombongan, takabur, tinggi hati dan sifat-sifat negatif lainnya, tidaklah akan membawa kita kepada keselamatan.
Dan tentu saja, perilaku dan cara hidup kita juga mempengaruhi cara keselamatan itu datang. Kesombongan, takabur, tinggi hati dan sifat-sifat negatif lainnya, tidaklah akan membawa kita kepada keselamatan.
Perlu diingat, keselamatan bukanlah datang dari benda-benda syareat, bukan pula dari amalan yang kita baca, bukan juga dari yang mengijazahkan, tetapi murni datangnya dari KEHENDAK DAN KERIDHOAN ALLAH SWT.
Pembuktian
Keberadaan Ilmu Kebal
Pemahaman
saya yang namanya ilmu, itu ertinya adalah pengetahuan. Seseorang yang
mengamalkan dan mendapatkan suatu ilmu, maka boleh dikategorikan sebagai orang
yang telah memiliki pengetahuan. Seperti anda telah memiliki ilmu kira-kira
dalam matematik. Ketika pengetahuan tersebut telah kita ketahui, maka setiap
waktu kita akan boleh melakukan penyelesaian terhadap masalah pengiraan dalam
matematik. Jadi ilmu bila telah kita kuasai, maka akan mampu kita praktikalkan bila-bila
masa saja, begitu logik akalnya.
Begitupun
ilmu kebal, dari beberapa ilmu kebal yang pernah dipelajari, ternyata yang
benar-benar ilmu kebal itu, boleh setiap saat kita cuba dan boleh
didemonstrasikan.
Jadi
sekarang tinggal pendekatan aqidah. Demonstrasi untuk orang lain bersifat riya’
menyombongkan diri dan boleh membuat pemiliknya takabur. Ini perkara yang
paling dibenci Allah, termasuk manusia. Tidak ada orang yang senang melihat
ketakaburan orang lain. Apalagi Allah SWT.
Oleh
kerana itu guru ilmu kebal, biasanya memberi batasan dalam bai’at atau
sumpahnya, seperti, “silakan melakukan pengasahan keilmuan kebal bila-bila masa
dan dimana saja,asalkan bersendirian”. Ini semata untuk menghindari sifat
takabur tadi.
Jadi
seharusnya ilmu yang benar-benar ilmu itu memang dapat ditest bila-bila masa saja,
setidaknya untuk diri sendiri.
Perihal ilmu
kebal
Secara umumnya, ilmu kebal ini
didapati melalui dua cara iaitu melalui amalan atau dengan pemakaian sesuatu
benda yang menjadikan pemakainya kebal.
Bagi mereka yang mendapatkannya
secara amalan, ia mungkin melalui puasa,pertapaan atau memakan sesuatu.
Sementara cara pemakaian pula, ia mungkin berbentuk satu azimat
atau keris dan seumpama dengannya.
Satu contoh ilmu kebal dalam kisah Melayu silam adalah lagenda
Hang Tuah yang kebal kerana keris Taming Sari dan Mahsuri yang dikatakan tidak
lut ditikam keris sehinggalah keris pusaka keluarganya digunakan bagi menikam
tubuhnya.
Pendahuluan
Dikalangan
orang Melayu pada umumnya, mereka telah memahami bahawa kata perisai mempunyai
erti berkait rapat terhadap sesuatu yang ada perhubungan dengan
alat perlindungan diri daripada sebarang ancaman yang dapat merosak anggota
tubuh badan seseorang individu, ancaman tersebut sama ada yang berasal daripada
senjata tajam; berupa pisau, pedang,golok, kapak, tombak peluru atau pun
benda berupa senjata tumpul seperti; kayu penukul, batu-bata, besi batangan dan
senjata lain yang seumpamanya.
Sebagaimana
dalam masa peperangan ada berbagai-bagai jenis alatan perisai diri yang selalu digunakan
oleh seseorang bagi tujuan melindungi diri secara fizikal, ianya,dapat berupa
perisai penutup pada bahagian kepala, dada, tangan, dan kaki.
Semua
jenis perisai yang digunakan ini, biasanya dibuat daripada bahan besi, logam,
dan bahan kulit binatang bahkan kain. Model perisai diri secara fizikal ini
amat popular digunakan oleh bangsa Eropah dan bangsa Arab yang suka berperang
pada zaman lampau, termasuk juga bagi bangsa Melayu, alat perisai diri mereka
perlukan bagi alat pertahanan untuk melindungi diri terhadap ancaman serangan
daripada puak musuh. Pada zaman kehidupan moden,alatan perisai diri masih tetap
kekal digunakan oleh anggota keselamatan Negara seperti, tentera, polis dan
anggota pemadam kebakaran (bomba). Perisai diri yang digunakan tersebut lebih
popular dipanggil sebagai rompi kalis peluru danbaju tahan api.
Persoalan
perlindungan diri menjadi keutamaan setiap anggota masyarakat untuk menjaga
diri mereka tetap survive dalam menghadapi berbagai-bagai ancaman
yang bersifat destruktif yang dapat merosak anggota tubuh badan.
Bagi
bangsa Melayu ancaman keselamatan diri tidak hanya dilihat dari aspek fizikal tetapi
dalam konteks pemikiran orang bangsa Melayu, mereka juga memahami perisai diri
dari aspek kebatinan yang mereka fahami berkaitan dengan aspek
mentaliti.Perkara perisai diri yang fizikal telah banyak difahami oleh orang
ramai, namun yang lebih menarik dalam membicarakan perkara perisai diri, adalah
dari aspek perisai diri kebatinan ilmu kebal. Setiap orang yang belum dapat
memahami perisai diri ilmu kebal, mereka akan
tertanya-tanya.
Ada
sesetengah di kalangan orang Melayu mempercayai kewujudan ilmu kebal dan ada
pula sesetengah daripada mereka tidak mempercayai dan ada pula yang tidak
percaya sama sekali tentang kewujudan perisai diri ilmu kebal yang kononnya tak
lut terkena senjata tajam.
Apa
sebenarnya kewujudan perisai diri ilmu kebal ini, bagaimana cara perlakuannya,
bagaimana pula kehandalan perisai diri ilmu kebal tersebut, sejauh mana orang
ramai dapat mempercayainya. Perisai diri ilmu kebal yang penuh dengan tanda
tanya bagi setiap orang adalah suatu ilmu esoterik, iaitu suatu
kegiatan pembelajaran ilmu perisai diri kekebalan tubuh badan yang
bersifat tertutup dari pandangan masyarakat awam.
Semua
cara penggunaan dan mempelajari perisai diri ilmu kebal ini, adalah cara kerja
yang dipraktikkan secara rahsia dan dengan segala pantang larang yang
dinasihatkan oleh seorang guru kepada muridnya mesti dipatuhi oleh seorang
murid untuk menjaga keberkesanannya. Kewujudan perisai diri ilmu kebal hanya
dapat difahami dan dipercayai oleh para pengamal perisai diri ilmu kebal itu
sendiri.
Dalam
membicarakan perisai diri ilmu kebal yang di amalkan oleh orang Melayu adalah
suatu pembicaraan yang lebih memberatkan terhadap kosmologi atau pun pandangan
dunia masyarakat yang berhubung kait dengan sistem kepercayaan dan kehidupan
sosio-budaya.
Bagi
orang Melayu di seluruh daerah-daerah Nusantara sedikit-sebanyak telah
mengetahui tentang ilmu perisai diri ilmu kebal tersebut. Namun setakat ini
sebagai pendedahan awal tentang kewujudan perisai diri kebal, kita mencuba
merujuk kepada masyarakat Melayu yang berada di daerah alam Melayu.
Dalam
menghadapi cabaran hidup orang Melayu memiliki cara tersendiri dalam
mempertahan diri agar tetap survive. Terutama bagi keperluan keselamatan
semasa dalam perjalanan berpergian merantau, perisai diri kebatinan atau ilmu
kebal adalah suatu cara yang amat sesuai dengan alam kehidupan mereka.
Secara
fizikal, pada umumnya orang Melayu adalah orang yang dikategorikan memiliki tubuh
badan berukuran sedang apabila dibandingkan dengan ukuran tubuh badan bangsa Eropah
dan bangsa Arab. Untuk mengatasi kekurangan dari aspek fizikal, orang Melayu
tidak kehilangan kreativiti dalam menjaga keberadaan dirinya dari serangan yang
mengancam keselamatan diri. Perisai diri kebatinan ilmu kebal merupakan
salah-satu ilmu kebatinan yang digemari dan menjadi pilihan bagi anggota
masyarakat Melayu sebagai alat perlindungan diri yang paling selamat dan mudah
digunakan dari sebarang ancaman senjata tajam yang mengancam keselamatan
jiwa.
Amalan
perisai diri ilmu kebal merupakan suatu praktik kebatinan yang mencarik adat.
Terhasil daripada praktik tersebut dapat menimbulkan kekebalan pada anggota
tubuh badan seseorang terhadap senjata tajam. Cara kerja ini tidak dapat diukur
dan difahami dengan akal fikiran yang menafikan segala cara kerja akal fikiran
(logic).
Perisai
diri ilmu kebal tidak semua orang dapat mempelajarinya, perisai diri kebatinan
ini memerlukan suatu ketenangan dan kesabaran. Karakter yang dimiliki seseorang
seperti ini amat sesuai dengan keadaan alam Melayu yang indah dipenuhi dengan
alam flora dan fauna yang masih terpelihara merupakan simbolis kelembutan
keperibadian masyarakatnya yang lebih suka hidup berdamai dengan alamnya,
kadang kala mudah menjadi bersedih hati apabila tersentuh mendengar kata-kata
yang lemah lembut.
Sebaliknya
pula dengan keberadaan alam tropikanya yang panas dan sekali-sekala disirami
dengan kesejukan air di musim hujan dan terkadang diselangi angin ribut yang
tidak menentu, kondisi alam seperti ini ikut pula dapat membentuk keperibadian masyarakatnya
menjadi orang yang memiliki semangat yang tinggi dan dalam keadaan tertentu
akan cepat menjadi panas, naik angin bahkan menjadi ganas yang sukar dikendalikan
apabila mendapat cabaran yang mengejutkan.
Amalan
perisai diri kebatinan ilmu kebal adalah suatu amalan yang diamalkan orang
Melayu Nusantara berdasarkan latar belakang geografi, kehidupan sosio-budaya
dan sistemkepercayaan yang dapat memberi impak kepada tubuh badan seorang
individu menjadi kebal yang tidak lut terkena senjata tajam.
Perisai
diri ilmu kebal, adalah suatu bidang kajian yang amat menarik bagi orang Melayu
Nusantara kerana berkait rapat dengan unsur-unsur magis. Seperti yang telah
kita fahami, perisai diri ilmu kebal terhadap senjata tajam adalah sejenis
perisai diri dengan menggunakan amalan mantera atau jampi-jampi yang dapat
memberi impak terhadap kekuatan fizikal pada keseluruhan permukaan kulit tubuh
badan, urat, dan tulang.
Seorang
individu yang mempelajari atau mengamalkan mantera kebal ini, anggota tubuh
badannya tidak akan lut ditikam dan dipancung dengan senjata tajam dengan
keizinan Allah SWT. Seorang pengamal ilmu kebal adalah orang yang memiliki
kepercayaan dan keyakinan terhadap kuasa ghaib dengan menggunakan ayat-ayat
mantera atau jampi sebagai media komunikasi untuk menimbulkan semangat dalam
diri pengamal sehingga pengamal mantera perisai diri ilmu kebal tersebut
berkemampuan memperoleh kekebalan kulit terhadap serangan daripada senjata
tajam yang berasal dari bahan besi.
Bagi
seorang individu yang berkeinginan hendak memperoleh ilmu kebal, dapat saja
diperoleh dengan cara belajar dari seorang ahli kerohanian yang biasanya
dipanggil guru kebal, atau pun dengan cara lain dapat juga dilakukan dengan
melakukan pertapaan di tempat tertentu seperti tempat yang dianggap keramat
atau pun di tempat sunyi di sebuah gua menerusi arahan seorang Guru Kebal.
Ada
juga seseorang tanpa mempelajari ilmu kekebalan tetapi memiliki kekebalan tubuh
semula jadi yang dibawa sejak lahir dengan ciri-ciri, semasa ia dilahirkan
badannya dalam keadaan berbungkus kulit ari-ari. Kulit ari-aritersebut dapat
diolah oleh para ahli spiritual bagi menjadikan ia kebal tak lut senjata tajam.
Mengikut
pandangan guru kebal di alam Melayu Nusantara. perisai diri ilmu kebal terhadap
senjata tajam dapat dipecahkan menjadi dua jenis, iaitu;
Pertama, perisai diri ilmu kebal hitam dengan
ciri-ciri persyaratan bahan-bahan yang digunakan mengandungi unsur-unsur yang
dianggap bercanggah dengan pantang larang yang berkaitan dengan hukum haram dan
halal di dalam ajaran agama Islam.
Apabila
seorang individu yang mempelajari ilmu kebal hitam, seseorang perlu mengambil
salah satu pensyaratan, iaitu sebagai contoh; bahan berupa darah kucing, darah anjing,
tembuni manusia selepas melahirkan dan pensyaratan yang paling ringan adalah
darah ayam berbulu warna hitam dan keseluruhan bahan-bahan pensyaratan ini
dipergunakan untuk dimakan.
Amalan
seperti ini merupakan suatu perilaku berdasarkan kepada kepercayaan animisme
dan dinamisme. Dipercayai bahan-bahan ini digunakan sebagai tambahan untuk
melengkapi kekuatan darah merah pada tubuh badan si pengamal mantera ilmu
kebal.
Dari
segi ayat-ayat mantera yang diamalkan oleh seorang pengamal mantera ilmu kebal
hitam adalah amalan ritual dianggap songsang.
Ritual
sesat yang sedemikian amat sukar difahami bagi orang awam. Bagaimana seorang
pengamal mantera kebal ini melihat keberadaan isi kandungan ayat mantera
tersebut hanya antara pemantera dan bomoh yang boleh memahaminya.
Ilmu
kebal jenis ini tidak digemari di kalangan anak muda di alam Melayu Nusantara
kerana tidak sesuai dengan norma-norma hukum syariat agama Islam yang mereka
amalkan dalam kehidupansehari-hari. amalan ilmu kebal yang dianggap songsang
adalah suatu sinkretisme kefahaman kepercayaan, iaitu
perpaduan antara kepercayaan primitif dengan kepercayaan Islam yang datang
kemudian sehingga perpaduan kepercayaan tersebut mengakibatkan kekeliruan
terhadap norma dan nilai keagamaan dalam Islam. Bagi masyarakat Melayu Nusantara
amalan ilmu kebal seperti ini mereka panggil ilmu kebal Tembun Jati.
Dipercayaiapabila seorang pengamal ilmu kebal tembunjati mati
jasadnya tidak akan diterima tanah.
Dalam
pengertian, walau pun seseorang tersebut telah mati dan tidak bernyawa lagi
namun jasad atau tubuh badannya di dalam alam kubur tetap kekal dan jasadnya
tidak akan reput atau hancur sehingga bila-bila masa. Bahagian anggota tubuh,
seperti kuku, rambut, dan gigi yang ia miliki akan tumbuh menjadi panjang.
Amalan ilmu kekebalan ini amat berbahaya dan patut dielakkan untuk diamalkan
bagi generasi muda yang berminat pada perisai diri ilmu kebal.
Kedua, ilmu kebal putih,iaitu dengan pensyaratan bahan-bahan yang
dipergunakan mengandungi unsur-unsur yang dianggap tidak bercanggah dengan
hukum haram dan halal didalam agama Islam. Semua persyaratan ini berasal daripada
bahan tumbuh-tumbuhan dan lain-lain.
Kehandalan
ilmu kebal putih memiliki kekuatan setaraf dengan ilmu kebal tembun jati,
tetapi ilmu kebal putih tidak boleh diperlihatkankepada seseorang kerana
merupakan suatu pantang larang yang boleh mengakibatkan kemudaratan yang
sinonim dengan perbuatan angkuh dan sombong. Ilmu kebal putih ini hanya dapat
digunakan apabila betul-betul berada dalam keadaan terdesak untuk mengelak dari
serangan musuh.
Amalan
ilmu kebal putih dipercayai tidak memberi kesan apa pun selepas kematian
seseorang tersebut kerana ayat-ayat mantera kebal putih dianggap tidak
bercanggah dengan syariat hukum Islam.
Aspek
kepercayaan praktik perisai diri ilmu kebal hendaklah selari pula dengan aspek
fizikal dan mentaliti diri seorang pengamal. Amalan perisai diri kebatinan ilmu
kebal memiliki sistem pembelajaran yang berstruktur dan tidak cukup dengan
hanya menyebutkan ayat-ayat mantera atau jampi-jampi untuk memperoleh kekebalan
tubuh badan.
Dengan
hanya berlandaskan keyakinan dengan tanpa praktik yang melibatkan
fizikal, pembelajaran perisai diri kekebalan mustahil akan diperoleh.
Sebelum seorang individu hendak mempelajari perisai diri kebatinan ilmu kebal,
seperti lazimnya seorang murid mesti memenuhi beberapa persyaratan yang
diberikan kepada seorang guru, seperti wang pengeras,kain putih, buah kelapa,
beras, sirih sekapur, parang, pisau atau senjata tajam sejenisnya (sekadar
pengetahuan,lain tempat berguru lain pula persyaratannya).
Semua peralatan ini dipergunakan untuk keperluan
untuk mempraktikkan kekebalan ilmu kebal. Cara mempraktikkan perisai diri ilmu
kebal, antara satu guru dengan guru yang lain lebih kurang menggunakan persyaratan
dan cara praktik yang sama. Apabila seorang individu berkeinginan mempelajari
perisai diri ilmu kebal, biasanya seseorang tersebut perlu memenuhi persyaratan
kepada seorang guru kebal.
Jenis
pensyaratan tersebut ianya bergantung apa yang diperlukan seorang guru
tersebut. Sebagai persyaratan pendahuluan seperti menyediakan wang pengeras
dengan nilai tertentu untuk guru yang dilengkapi dengan sirih sekapur. Persyaratan
tambahan yang telah menjadi kebiasaan, seperti rokok, gula pasir, kopi, dan
makanan diperlukan sekadar untuk memenuhi adat kebiasaan minum bersama yang
dilakukan seorang murid dengan guru.
Persyaratan
tambahan ini berfungsi sebagai alat pendekatan perhubungan antara guru dengan
murid agar tetap kelihatan akrab. Telah menjadi suatu adat resam sebelum
belajar perisai diri ilmu kebal seorang murid bersembang-sembang terlebih
dahulu dengan seorang guru tentang bagaimana kehebatan ilmu kebal dan ada kalanya
seorang guru memperlihatkan kekebalan dirinya dengan cara menakik, menyayat dan
menusuk dirinya dengan senjata tajam. Apa
yang diperlihatkan seorang guru kepada calon muridnya bertujuan untuk
membangkitkan semangat murid dan sebaliknya pula ada kalanya seorang murid akan
merasa gementar ketakutan melihat seorang guru menakik dan mengelar lehernya
sendiri. Ketakutan seorang murid ini dengan alasan mungkin saja seorang murid
tersebut akan membayangkan sekiranya sebilah parang yang tajam mengilat tersebut
dapat memenggal kepala seseorang, tentu kepala orang tersebut akan tercabut
dari lehernya. Contoh yang diberikan guru adalah cabaran awal bagi seorang
murid sama ada dia berkeinginan hendak meneruskan belajar atau pun tidak.
Biasanya seorang murid selepas melihat apa yang telah diperlihatkan seorang
guru, bagi seorang murid yang tidak memiliki semangat yang kuat atau pun
mentaliti yang lemah pada hari esoknya murid tersebut dipastikan akan gagal
mendatangi gurunya kerana ketakutan dengan bayangan dirinya sendiri sekiranya
lehernya di pancung dengan parang tajam, sudah barang tentu kepalanya akan
tercabut dari tubuh badannya.
Bagi
seorang murid yang berkeinginan besar untuk belajar dan berani, serta tabah dalam
menghadapi beberapa cabaran dengan suatu prinsip berserah diri kepada takdir Rabb
dan dengan satu kenyataan, iaitu lebih baik mati di pancung dengan parang
pedang tajam daripada tidak dapat memperoleh kejayaan dalam belajar perisai
diri ilmu kebal. Murid seperti ini adalah orang yang dianggap memiliki mentaliti
yang kuat.
Kebanyakan
orang yang memiliki mentaliti seperti ini dipastikan akan memperoleh kejayaan
di dalam belajar perisai diri ilmu kebal. Jelasnya begitulah modal awal
mentaliti yang mesti dimiliki bagi seorang penuntut ilmu kebal.
Dalam
praktik perisai diri ilmu kebal tidak semua orang dapat mempelajarinya, ada beberapa
tahap pembelajaran yang mesti dilalui oleh seorang murid untuk sampaikepada
kejayaan memperoleh kekebalan tubuh badan;
Tahap
awal,
seorang guruakan mengarahkan muridnya untuk menghafal ayat-ayat mantera atau
jampi kekebalan. Selepas seorang murid tersebut hafal ayat-ayat mantera atau
jampi tersebut, kemudian dalam masa beberapa hari seorang guru tersebut akan
memberi penjelasan tentang makna ayat-ayat mantera atau jampi tersebut.
Penjelasan ayat-ayat tersebut berhubung kait dengan unsur-unsur kepercayaan
kepada Allah SWT dan asal-usul yang berkaitan dengan kejadian isi alam semesta
ini,juga bab hakikat ilmu kebal. Selepas penjelasan tersebut dapat difahami
oleh murid, seorang guru akan melanjutkan pada tahap berikutnya.(bergantung
kepada jenis keilmuan kebal yang dipelajari)
Tahap
kedua,
Menyediakan peralatan yang perlu disediakan oleh seorang murid untuk
praktik kekebalan tubuh badan,iaitu; sebilah senjata tajam parang atau pisau tajam
yang memiliki ketajaman yang dapat mencukur bulu tangan atau bulu kaki,dan ada
pula guru memerlukan beberapa biji buah kelapa untuk dimasak dalam kuali.
Selepas
beberapa biji buah kelapa tersebut dimasak dalam kuali dan minyak kelapa yang
masih berada dalam keadaan panas, atas arahan seorang guru seorang murid
tersebut langsung mengaup minyak panas ke dalam kuali itu dengan kedua belah
tangannya dan disapukan secara merata ke tubuh badan. Selepas selang dua tiga
hari murid diarahkan bergolek-golek di dalam bara api yang panas dalam masa
beberapa minit .
Apabila
tubuh badan seorang murid tidak ada yang melecur terkena minyak panas dan
terkena panas bara api, bermakna murid tersebut dibenarkan untuk meneruskan
mempraktikkan perisai diri ilmu kekebalanpada tahap seterusnya dan
kemudian
Tahap
ketiga,
selepas bermandi minyak panas, seorang guru akan menggunakan senjata tajam
parang yang akan ditakik ke tubuh badan seorang murid. Sebelum anggota tubuh
badan seorang murid ditakik dengan parang tajam, seorang murid diarahkan
membaca ayat-ayat doa secara jelas ucapannya sebanyak satu kali, selepas itu
murid diarahkan mengingat Allah SWT dengan menyebut nama Allah di dalam hati
secara berterusan tiada terputus-putus dengan penuh keyakinan sambil berserah
diri kepada Allah. Takikan pertama biasanya dilakukan oleh seorang guru pada
paha dan kaki secara perlahan dalam beberapa kali takikan dalam posisi badan
menelungkup, seterusnya diteruskandengan takikan agak laju dalam beberapa kali takikan.
Kemudian
takikan seterusnya dapat beranjak ke bahagian seluruh anggota tubuh badan.
Apabila beberapa takikan tidak memberi kesan apa-apa pada anggota tubuh badan,
takikan sesuka hati dapat dilakukan oleh seorang guru sehingga parang tajam
tersebut menjadi tumpul, sama ada takikan tersebut dalam keadaan posisi
menelungkup atau posisi menelentang. Parang yang telah digunakan untuk menakik
anggota tubuhbadan orang yang belajar ilmu kebal tidak akan dapat digunakan
lagi untuk keperluan menakik benda apa pun,kerana sepuh tajam parang tersebut
telah lupus dan sebaiknya parang tumpul itu dibuang saja. Selepas menjalankan
tindakan praktik ilmu kekebalan ini, seorang murid dinyatakan telah berjaya
pada tahapan awal.
Bagi
seorang murid yang kurang berkeyakinan dengan dirinya dalam mempelajari amalan ilmu
kebal boleh mengakibatkan kecederaan terluka pada anggota tubuh badan, hal seperti
ini kerap juga berlaku semasa belajar ilmu kebal. Untuk memperbaiki mentaliti
bagi seseorang yang terluka memerlukan masa yang agak lama untuk memperoleh
kejayaan dalam mempelajari perisai diri ilmu kebal. Persoalan pembelajaran
perisai diri ilmu kebal, adalah persoalan yang berkait erat dengan persiapan
penguatan mentaliti (batin) yang tidak berhubung kait dengan persoalan logik.
Aktiviti
perisai diri ilmu kebal adalah suatu aktiviti yang menafikan persoalan logika
yang tidak memerlukan kepintaran akal fikiran seseorang individu dalam
memecahkan hubungan sebab-akibat dalam suatu masalah.
Kejayaan
seorang penuntut perisai diri ilmu kebal ditentukan oleh tingkat keyakinan dan
kepercayaan terhadap sesuatu yang ia amalkan. Kepercayaan berserah diri
terhadap kekuasaan Allah adalah sebahagian daripada kejayaan diri pengamal
dalam menentukan anggota tubuh badan menjadi kebal dan tidak lut terkena
senjata tajam.
Untuk
tahap pengembangan perisai diri ilmu kebal dapat dipelajari mengikut peringkat
kekebalan yang dipelajari seorang penuntut, iaitu; kebal selapis, kebal tiga
lapis, kebal tujuh lapis,kebal sembilan lapis, dan kebal 13 lapis.
Keseluruhan
peringkat kekebalan ini merupakan amalan yang dilakukan yang berhubungan dengan
asas-asas pembelajaran ilmu kekebalan yang dikaitkan dengan prinsip-prinsip
amal ibadah di dalam agama Islam, seperti ilmu kebal 13 adalah sinonim dengan konsep
solat 13 yang bermula dengan takbir dan ditutup dengan salam. Asas-asas solat
13 ini juga merupakan asas bagi ilmu rawatan orang Melayu. Dengan demikian
peringkat-peringkat pembelajaran ilmu kebal tersebut secara tidak langsung
merupakan suatu pembelajaran dengan menggunakan simbol-simbol berunsurkan
penanaman nilai-nilai keagamaan terhadap pengamal perisai diri ilmu kebal.
Relevan
siperisai diri ilmu kebal dalam konteks budaya masyarakat Melayu Nusantara
Dalam
sejarah kehidupan orang Melayu Nusantara dalam merentasi jalan keluar menuju
kealam perantauan bukanlah suatu pekerjaan yang mudah pada masa lampau.
Keadaan
geografi alam Melayu Nusantara yang bergunung-ganang serta keganasan alam yang
mencabar disepanjang jalan, di merata-rata tempat berkeliaran binatang buas dan
penyamun ganas. Pada masa itu belum ada anggota pihak keamanan yang
menjaga keselamatan rakyat, kemungkinan besar pada masa itu yang lebih menonjol
adalah hukum rimba dengan suatu konsekuensi siapa yang kuat dialah yang berkuasa.
Secara
tidak langsung dengan keadaan masyarakat yang kurang bersahabat, situasi
seperti ini memberi suatu inspirasi kepada orang Melayu Nusantara sebelum pergi
merantau “sediakan payung sebelum hujan” sekiranya kita tidak teringin basah.
Jadi sebelum orang Melayu Nusantara pergi merantau mereka mesti membekali diri
dengan perisai diri yang sesuai dengan latar belakang pengetahuan dan
kepercayaan yang mereka pegang mengikut adat-istiadat mereka.
Seperti
petua orang tua-tua Melayu Nusantara pada zaman lampau “kalau tidak tahan
sepit,kalau tidak tahan gunting dan hanya berbekal nasi saja yang ada di dalam
perut,maka seorang pemuda belum berpatutan untuk dilepaskan pergi merantau”.
Bagi mereka yang teringin hendak merantau mereka dinasihatkan setidak-tidaknya
bagi anak lelaki, iaitu memiliki perisai diri kekebalan yang sejalan dengan
ungkapan adatnya “pergi berlepas dan balik dinanti” ertinya sebelum seseorang
pergi merantau mestilah dibekali dengan persyaratan perisai diri agar dapat
selamat selama dalam masa perjalanan menuju negeri perantauan dan apabila balik
semula ke kampung halaman dapat selamat serta membawa suatu kejayaan untuk
sanak keluarga.
Di
alam Melayu Nusantara perisai diri kebatinan ilmu kebal merupakan salah satu
amalan ilmu kebatinan yang digemari oleh sebahagian anak muda. Kegemaran ini
dikesan merupakan suatu rangkaian matarantai pengalaman hidup yang berlaku
secara turun-temurun berkaitan dengan kehidupan sosio-budaya orang Melayu Nusantara.
Semua
tindakan dan perilaku orang Melayu Nusantara dalam persoalan perisai diri yang
dijadikan alat keperluan keselamatan merupakan suatu manifestasi tindakan
perilaku dalam penyesuaian diri terhadap keadaan geografi alam Melayu Nusantara
bergunung-ganang yang dipenuhi hutan belantara yang mencabar dan pada masa itu
pengaturan perhubungan kehidupan sosial masih berlandaskan undang-undang
tradisi lisan yang tidak konsisten dan ada kalanya bersifat subjektif dalam
keputusan peradilan adat pada masa itu, sehingga dapat menimbulkan konflik hubungan
peribadi yang dapat berakibat terciptanya jenayah.
Bagi
orang Melayu Nusantara yang mengalami kesulitan kehidupan sosial di negeri
sendiri dan bagi mereka yang pernah memiliki pengalaman pergi merantau ke
luaran daerah Melayu Nusantara pada zaman kehidupan sulit di masa lampau,
tentu mereka akan menceritakan pengalaman perjalanan hidup mereka kepada
anak cucunya, bahawa pada zaman lampau betapa sulitnya untuk memenuhi keperluan
hidup.
Untuk
memperoleh kelengkapan kesejahteraan hidup terutama bahan material,berupa
pakaian dan bekal makanan amatlah sulit kerana perhubungan jalan raya masih
berbentuk jalan setapak dan sistem jual-beli masih lagi menggunakan sistem
tukar barang dengan barang. Untuk memperoleh garam dan kain bagi keperluan
hidup mereka terpaksa pergi ke luar daerah dengan menggalas beras di atas
punggung yang hendak ditukarkan dengan garam dan kain. Untuk mencapai daerah
pantai tersebut mereka mesti melalui jalan puluhan kilo meter bahkan ratusan
kilo meter dengan mengambil masa dua atau tiga hari berjalan kaki dan
kadang kala terpaksa tidur di tepi jalanan, di pinggiran sungai dan tepi jurang
yang dalam.
Dalam
melalui keadaan alam yang mencabar mereka mesti memiliki ketahanan anggota
tubuh badan dari serangan binatang buas dan penyamun ganas yang setiap saat
selalu menghalang di jalan. Latar belakang sejarah yang dialami orang tua-tua
di alam Melayu Nusantara tersebut masih lagi memberi kesan kepada sebahagian
golongan pemuda pada masa sekarang.
Apabila
anak muda telah mencapai usia dewasa, ada sebahagian daripada anggota keluarga
merekamemberi nasihat untuk pergi mempelajari ilmu kebal sebagai bekal hidup.
Seseorangyang memiliki ilmu kebal, ia dianggap orang yang memiliki keperibadian
yang kuat dan mampu melindungi diri dan keluarga serta dipandang memiliki
kedudukan status sosial di dalam masyarakat.
Di
dalam kehidupan moden di alam Melayu Nusantara, perisai diri ilmu kebal masih
lagi diamalkan oleh sebahagian para pemuda bahkan juga melibatkan orang tua.
Mereka memahami perisai diri ilmu kebal adalah alat keselamatan tradisional
yang telah menjadi milik adat resam yang diwariskan keberadaannya secara
turun-temurun. Dan dari segi aspek keagamaan orang Melayu Nusantara majoriti
beragama Islam, kewujudan perisai diri ilmu kebal berkait rapat dengan
keperluan amal ibadah.
Pada
asasnya isi kandungan perisai diri “ilmu kebal” adalah suatu bidang kajian
kebatinan yang bersumberkan daripada pada asas-asas pemahaman tentang makrifatullah mengenal
Allah,mengenal sifat-sifat Allah dengan dalil-dalil yang nyata dan terang
seperti kewujudan alam ini.
Bagi
masyarakat Melayu Nusantara yang mengetahui persoalan keagamaan yang lebih
mendalam mereka menganggap penting untuk mempelajari dan mengetahui untuk
memperkuat keimanan. Dari segi kehidupan sosio-budaya bagi mereka yang masih
kuat berpegang kepada kehidupan adat resam tradisi, ada sebahagian daripada
mereka mencadangkan bagi anak-anak lelakinya apabila telah mencapai usia dewasa
akan diberi peluang untuk pergi belajar perisai diri “ilmu kebal”.
Di
dalam pembelajaran “ilmu kebal” ada beberapa prinsip nilai keagamaan yang dapat
diperoleh dari mempelajari ilmu kebal tersebut, iaitu; pertama apabila anak-anak
mereka belajar tentang Asma Allah,Kalamullah mereka fahami sebagai belajar
bahagian isi ilmu agama. Kedua, apabila anak-anak mereka hanya belajar perisai
diri ilmu kebal secara praktikal untuk tujuan keselamatan di dunia mereka
fahami sebagai ilmu bahagian kulit saja, dan apabila anak-anak mereka mempelajari
sekali kedua-duanya, mereka fahami sebagai belajar ilmu sejati.
Petua
orang tua di alam Melayu Nusantara mengatakan,hidup terpakai-mati
terbawa, ertinya belajar ilmu kebal dapat digunakan sebagai bekal
keselamatan di dunia dan belajar ilmu Zikir dapat digunakan sebagai bekal amal
ibadah di alam akhirat. Dengan konsep hidup dunia akhirat orang Melayu Nusantara
mengharapkan anak-anaknya menjadi manusia yang memiliki keperibadian yang kuat
dan sempurna, sama ada dari segi zahir mahu pun dari segi kebatinan.
Kesempurnaan
tersebut adalah kesempurnaan mengikut yang diajarkan di dalam syariat Islam,
iaitu dapat menjaga diri berhubungan dengan Rabb, dapat menjaga diri
berhubungan dengan alam, dapat menjaga diri berhubungan dengan sesama manusia,
serta dapat menjaga keberadaan diri sendiri.
Perisai
diri ilmu kebal telah memberi impak yang positif terhadap perkembangan kekuatan
mentaliti kelompok pemuda di alam Melayu Nusantara. Selepas seorang individu
mempelajari perisai diri ilmu kebal, seorang guru akan memberi petua kepada
anak muridnya, bahawa ilmu harus disimpan dengan penuh kerahsiaan dan tidak
boleh diperlihatkan kepada orang lain.
Sekiranya
dalam masa tertentu kita diserang oleh seseorang dengan senjata tajam, selagi
dapat dielakkan, kita mesti mengelak dari sasaran terkena senjata tajam, dan
apabila tidak ada jalan lain untuk mengelak, maka kita harus mengambil tindakan
tegas, dengan satu iktikad jangan mengelak dari senjata tajam walau sehelai
rambut dibelah tujuh.
Untuk
apa belajar perisai diri ilmu kebal sekiranya tidak dapat mematah serangan
musuh. Musuh tidak dicari terjumpa musuh perpantangan lari. Sifat merendah
diri, sifat ketegasan membuat keputusan, sifat kebanggaan dan kepercayaan
terhadap diri sendiri dalam membela kebenaran adalah nilai-nilai keperibadian
yang ditanam oleh seorang guru kebal ke dalam jiwa dan pemikiran seorang murid
penuntut perisai diri ilmu kebal dalam menghadapi situasi yang mengancam
keselamatan diri.
Kesimpulan
Dalam
pendedahan perisai diri ilmu kekebalan yang diamalkan masyarakat Melayu Nusantara
ada beberapa penjelasan yang dapat kita fahami. Perisai diri ilmu kebal adalah
ilmu kebatinan yang bersifat esoterik yang mencarik adat.
Bagaimana
perlakuan dan amalan ilmu kebal tersebut, dalam hal tidak dapat diukur dengan
akal fikiran, ilmu kebal adalah suatu kegiatan yang berlandaskan kepada suatu
kepercayaan dengan menggunakan ayat-ayat mantera atau jampi sebagai medium
untuk membangkitkan emosi pengamal perisai diri ilmu kebal, sehingga menghasilkan
kekuatan yang amat luar biasa.
Untuk
membangkitkan keyakinan penuntut ilmu kebal, kepercayaan penuntut terhadap
kuasa Allah mesti tertanam dalam diri seorang penuntut perisai diri ilmu kebal.
Dalam
kehidupan orang Melayu Nusantara, perisai diri ilmu kebal adalah suatu
keperluan keselamatan diri yang masih diperlukan. Keperluan tersebut terlahir
dari latar belakang sejarah nenek moyang yang telah menjadi suatu adat resam
serta disokong dengan keadaan alam pemikiran masyarakat tradisionalnya yang
masih berpegang teguh kepada hal yang berunsurkan kepada kepercayaan alam magis
dan keagamaan.
Kemudian
dalam kehidupan masyarakat moden ini yang lebih condong kepada kehidupan
material,keperluan perisai diri kekebalan bagi masyarakat Melayu Nusantara
berkait rapat dengan keperluan praktikal sebagai alat keselamatan yang
kewujudannya sejalan dengan berkembangnya pemikiran tentang aspek pemahaman
tentang keilahian. Munculnya pemikiran tersebut adalah suatu keinginan untuk
menggali sifat-sifat keilahian lebih mendalam. Asas-asas sifat keilahian
tersebut adalah sebagai dasar yang selalu disebut-sebut dan ditafsirkan dalam
mempelajari perisai diri ilmu kebal yang menghuraikan tentang kehendak dan
kekuasaan Allah.
Dari
pemahaman asas-asas sifat keilahian dalam perisai ilmu kebal sedikit-sebanyak
telah menanamkan rasa keimanan dan kesedaran seorang pengamal perisai diri ilmu
kebal terhadap keberadaan kekuasaan Allah yang ikut terlibat dalam kehidupan
alam dunia yangkita duduki ini.
Dalam
memahami perisai diri: praktik kekebalan masyarakat Melayu Nusantara, ada dua
landasan pemikiran yang dapat diketahui,iaitu; di satu sisi perisai diri ilmu
kebal secara praktikal dapat berfungsi bagi keperluan jasmani dan di satu sisi
perisai diri ilmu kebal dapat berfungsi bagi keperluan pengisian rasa
keimanan dalam rohani.
Kedua-dua
asas pemikiran ini telah melahirkan suatu konsep “hidup terpakai mati terbawa”
dalam erti, perisai diri ilmu kebal dapat dipakai untuk keperluan keselamatan
hidup di alam dunia dan asas-asas perisai diri ilmu kebal dapat pula dapat pula
dibawa sebagai bekal pahala di alam barzakh(alam Kematian).
Dalam
mempelajari perisai diri ilmu kebal telah dapat memberi manfaat melebihi bagi
keperluan kekebalan itu sendiri secara praktikal. Perisai diri ilmu kebal dapat
membentuk mentaliti dan keimanan seseorang menjadi kukuh dalam menempatkan
keberadaan dirinya dalam bersosialisasi di tengah-tengah kehidupan orang ramai
bagi memperoleh kesejahteraan hidup di alam dunia dan di alam akhirat.
MITOS
TENTANG KESAN SAMPINGAN NEGATIF PENGAMAL ILMU KEBAL
Beberapa
orang masih menyakini bahawa pemilik Ilmu Kebal akan mengalami kesulitan hidup
dan mati, susah dapat rezeki, mengalami sakit jiwa (gila), menderita saat akan
mati dll. Saya membantah mentah-mentah pendapat tersebut. Bukankah masalah
rezeki dan nasib adalah Allah SWT yang menentukan???
Memang
ada terdapat pemilik ilmu kebal adalah orang yang tak mempunyai wang alias
miskin, tapi saya yakin itu bukan disebabkan oleh ilmunya, melainkan kerana dia
malas bekerja dan bodoh sombong. Kebanyakan orang yang memiliki ilmu kebal
menjadi sombong dan malas bekerja, hanya mengharapkan orang datang meminta
pertolongannya lalu menyelipkan beberapa lembar wang ringgit ketika bersalaman.
Jadi bukan kerana Ilmunya.
Sebetulnya
baik buruk efek Ilmu Kebal tergantung pemiliknya.
Boleh
saja Allah menghukum dengan cara menyulitkan rezeki, menyiksa saat datangnya
ajal atau hukuman lain kerana orang tersebut sombong dan suka menindas orang
lain dengan ilmunya, INGATLAH bukankah kita selalu dalam kekuasaan Allah.
Sekadar Renungan:
Ilmu Kebal Haq Pamungkas
Anugerah Agung tidak membuat
Anda menjadi manusia super yang tidak kenal sakit. Tubuh para pengamal Ilmu Kebal Haq Pamungkas Anugerah Agung
tetap seperti tubuh manusia pada umumnya, tetapi punya "perlindungan haq " yang selalu siap melindungi
apabila diperlukan. Meskipun energi Ilmu
Kebal Haq Pamungkas Anugerah Agung melindungi Anda dari penyakit, tetapi
apabila Anda kurang istirehat, makan tidak teratur, dan terlalu banyak
berfikir, Anda tetap boleh terkena penyakit-penyakit ringan seperti selsema,
batuk dan masuk angin. Walaupun kadar sakit yang Anda derita tentunya sudah
sangat berkurang dan lebih cepat sembuh dibanding sebelum mempraktikalkan Ilmu Kebal Haq Pamungkas Anugerah Agung
Sedangkan untuk penyakit yang mematikan seperti kanser dan HIV, diyakini Ilmu Kebal Haq Pamungkas Anugerah Agung
memberi pelindungan dan pencegahan sepenuhnya.
Ada pun
Ilmu Kebal Haq Pamungkas Anugerah
Agung - yang merupakan usaha batin - adalah sebagai pelengkap usaha
lahir yang biasa kita lakukan. Tetaplah berhati-hati dalam segala kegiatan kita
agar kita terhindar dari segala kecelakaan. Anda tidak dibenarkan untuk hidup
sesuka hati kerana merasa Ilmu Kebal Haq
Pamungkas Anugerah Agung menjadikan Anda "kebal" dari segala
gangguan. Apabila Anda punya perasaan demikian, justeru perasaan seperti ini
dapat menghambat mengalirnya energi Ilmu
Kebal Haq Pamungkas Anugerah Agung. Tetaplah rendah hati serta sentiasa
merendah diri, bersikap menghormati orang lain, dan pasrah kepada Allah Rabb
Yang Maha Esa. Intinya, seorang pengamal Ilmu Kebal Haq Pamungkas Anugerah Agung tidak patut merasa sombong
atas ilmu yang dimilikinya.